And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 30 October 2012

Sayang...

Finally i atas katil dan baru terasa sangat penat dan sakit2 badan semua. I sampai pukul 11 tadi, i terus mandi dan sapu deep heat kat kaki, lengan dan wrist i. I dah tutup lampu dan malam ni i tak buka laptop pun untuk layan korea mahupun TOP ataupun Daesung....

Tadi kat tempat tu dapat makan nasi lemak. So i dah dinner. Dan i minum air masak agak banyak hari ni.

Ok, itu sahaja laporan i untuk malam ni. Senakal2 dan sedegil2 i, i cuma tak dengar kata u bila u ada dengan i je. So bila
cranky ke, sakit2 badan ke, u ade untuk i merengek2 dan mengada2. Disebabkan u takde, i jaga diri elok2.

Ok, nak layan 9gag sampai tertido. Gudnite love. Sayang u.

posted from Bloggeroid


I, I want to wish you well
I didn't watch you go
Cause I suppose I don't know how
I, I will remember you
Not the way you left but how you lived
And what you knew

I, I want to feel your hands
I want to feel your fire burning
Right from where I stand

I'll find my way
Cause you showed me how

I, I want toknow it's you
When I hear your voice inside my head
Inside my room
I, want to touch the sky
I want to see the stars twinkle
Like they were your eyes

I'll find my way
You showed me
I'll find my way
Cause you showed me how

I, I want to smell your scent
I want to breathe the air I did before
Before you left

I, I want to wish you well
The only reason my heart beats
Is cause you showed it how

I'll find my way
Cause you showed me how

rindunya i dekat u, sayang. ikut hati memang i nak pergi tempat u june nanti. tapi tengok lah dulu plan ke korea tu macam mana dulu. maybe seminggu ke korea then 3 minggu kat tempat u. hehehehe...tunggu i masuk keje dulu ya.

i tengah tunggu hafizul habis meeting dan baru nak gerak ke ampang. nak jadi cheerlady... pagi tadi lari kat bootcamp, total 4 km, so i rasa dah cukup kuota i lari/jalan for the next 6 months. hahaha...takde apa pun nak cakap. i cuma rindu u. rindu sangat2...kadang2 i rasa macam ok, kadang2 i rasa i nak sangat u ada dekat i. huuurrrmmmmmmmm.....lamanyaaaaa....

Monday, 29 October 2012

ada banyak kerja yang kena rush, tapi sy nak menulis sekejap. kekasih tak sihat. dua tiga hari ni dia macam selsema. then hari ni makin teruk pula. tapi katanya tak demam lagi. dan sekarang kat sana dah pukul 8 malam, dan dia dah tidur. baguslah. rehat ye sayang.

nak ikutkan, i nak risau banyak2. tapi i ingat semula janji kita, yang u akan jaga diri baik2 dan kita takkan risau akan each other so much. i tau u akan jaga diri u baik2. yela, i risau banyak2 pun bukan boleh mengubah apa2. cuma i wish i sebelah u untuk tengok2 kan u, ambilkan u air bila u dahaga so that u tak perlu bangun dari katil, monitor temperature u make sure u tak demam...ermmmmm.....sayang cepat sembuh ya...

tadi berborak dengan Fan. dia tanya pasal rumah, pasal sara. then Fan suggest, why don't u just be with kekasih? your new firm pun ada kat sana juga kan, kenapa tak nak try apply dan pergi la kerja sana 2-3 tahun. u can be with your loved one dan boleh hidup dengan tenang tanpa drama dari sara.

berkerut kening sy dengar cadangan Fan. bukan senang nak dapat position kat sana. Fan sambung lagi, who knows, what i said now, might be your path in the future. so far mulut Fan masin pasal u dan kekasih kan? u'll never know if u never a try. give a shot first la.

sy sengeh. terus buka website firm tu kat tempat kekasih. dan sy sengeh2 lebar2...

Sunday, 28 October 2012

ok, semalam sayang tanya kenapa dah lama tak update, then sy suruh sayang update dia punya dulu. oleh kerana dia dah buat, so ni la update sy.

weekend yang busy dengann family matters. dah nama raya, kan. so pulang ke Johor beraya. memang kenyang perut, suka hati. tapi raya kali ni, tak pakai selai baju kurung pun. pergi beraya dengan jeans dan tshirt sahaja, iaitu salah besar. keluar rumah rasa jeans longgar, balik dari beraya macam tak takde ruang dah untuk perut. ai ai ai..patut pakai kain batik aje. senang. adjustable.

pagi tadi bertolak dari Johor. nasib baik awal, tak sempat nak  merempuh jem. tapi trafik memang heavy, dan sampai senawang terus jem melekat. sy terus keluar senawang dan lalu LEKAS. nasib baik...

sampai rumah dalam pukul 2 petang. terus on lap top dan ber webcam dengan kekasih. rasa lama betul tak nampak muka dia. sepanjang di Johor, cuma berbual di telefon sahaja. macam2 rasa nak cerita dengan dia. setiap kali pun, cuma mampu sentuh dan usap skrin seolah2 pegang wajah dia. huurrrmmm....bertabahlah...

then pukul 3 lebih sy keluar. nak pergi sesi mengada2. pergi salun dan buat rambut. pendekkan rambut, repair kaler rambut dan buat treatment. murah je. waktu tengah buat rambut, sorang besties ada kat mines. mula la kisah thefaceshop. kedai jual bebenda muka. sekarang ni diorang2 semua tengah gila shopping kat sini. sy kebetulan memang nak cari few things, then sy kata lepas buat rambut sy akan ke sana. then another besties pun kata nak join sekali. lebih kurang pukul 7 lebih, kami bertiga dah berada di mines, bersama seorang bf besties ni. maka 4 orang semua ke kedai tu. memang rambang mata. salesperson tu pula, asyik promo benda yang mahal2 aje kat sy, padahal ada yang murah.dah la sy ni bukan bermekap sangat. cuma perlu la tepek bebenda tu untuk ke ofis.

so sy beli blusher, lipstick dan face mask. face mask ni salesperson tu ha goda sy beli. so sambil menulis ni, muka bertepek dengan mask. kene pakai 20 minit katanya. agak mahal juga la. tapi kami bertiga combined semua purchase dan dapat free gift banyak. hehehe...dapat 2 set facial travel kit dan satu beg. so bahagi lah sama2 semuanya. then sy ke bodyshop kat sebelah tu untuk beli something, tu pun sebab sy ade baucer yang expired hari ni. dapat la lips scrub.

kemudian dinner kat sakae sushi. order makanan yang sama masa sy makan dengan kekasih. terbayang2 kekasih yang duduk di depan sy. kerana menu makanan yang sama juga, membuatkan bayangan kekasih makin jelas. masa di salun pun, sy duduk di tempat yang sama kekasih duduk masa sy temankan dia potong rambut. terbayang senyum dia, dan juga ketika dia curi2 ambil gambar sy ketika sy baca majalah. buat sy senyum sorang2 aje.

ermmm.....ok, dah cukup 20 minit pakai mask ni. perlu tanggalkan dah. it was a good long weekend. cuma akan lebih sempurna jika ada kekasih disisi. takpe, dia sentiasa ada dalam hati sy. :)

so ini sahaja sy mengupdate kali ni. sayang, i dah tunaikan janji i. so, bila u nak tunaikan janji u nak bawa i tengok konsert coldplay back in 2006 yang kat toronto tu? ni kalau u sayang i la....i mean, kalau u betul2 sayang la...

:P *walau apa pun, i will still love you to the moon and back*

Wednesday, 24 October 2012

kekasih dah tido, maaf, tadi i kena panggil masuk meeting tiba2. dan tiba2 juga i dapat task yang kena siapkan dalam masa seminggu. ai ai ai...

rindu pada u tak terkata dah. hari2 pun cakap, tapi sepanjang masa pun semakin rindu. setahun lagi untuk kita bersua kembali. malam tadi i mimpi u, terasa sangat benar. dan terubat sedikit rindu pada u. tapi seperti biasa terjaga dan mencari u, tapi cuma ruang kosong di sebelah i. kadang2 perasaan itu membunuh.

I suka u melayan karenah i yang macam2. dan i juga suka tease u untuk dapat apa i nak. hehehe...seperti nak dapatkan screenshot apa yang u tulis pasal i kat buku merah tu, atau juga untuk buat u menyanyi dan ad hoc bedtime story. thank you sayang. 

I sayang u. I tau apa i nak, I nak u. so don't worry about anything baby. I love you to the moon and back.



Monday, 22 October 2012

Tadi dinner merangkap catch up cum gossip session dengan nicholas, ex colleague tempat kerja lama. Lepak kat Dome, klcc. Sy makan big breakfast. Sangat bahagia...sy memang suka makan breakfast selain dari waktu pagi.

Somehow sy sangat kagum dengan nic. Dia batchmate sy, sama join the firm back in 2008. Sy resigned november last year dan dia pula december. Lepas resigned, dia tak tau apa passion dia. So dia ambil lesen agen insurans, jadi cikgu piano, freelance buat account dan kadang2 buat performance for event (piano+singing). Sebelum buat semua tu dia pergi travel few countries dengan gf dia. Dan katanya ada satu pagi tu tetiba dia rasa nak buat bungee jump, terus book flight pergi hongkong, naik feri ke macau dan buat kat sana. And the next day, balik malaysia semula.

Katanya selepas buat macam2 kerja, finally after almost one year, dia rasa accounting juga yang sesuai dengan jiwa dia *seriously kami gelak kuat*. So sekarang dia bergelar akauntan kat sebuah company, 9-4pm, 4 hari seminggu, with such a handsome pay. Dia jumpa bossnya through one of insurance customer dia. Rezeki dia. Am happy for him.

Then, dia bagitau something. Yang buat sy sangat terkejut dan tak sangka. Tentang sorang lagi batchmate kami, tay chuan. Kami panggil dia TC. Sebulan lepas, dia perasan macam ada lump kat bahu dia, seminggu kemudian ada satu lump lagi. Dia pergi check, which happen diagnosed as cancer. Kata doctor dah 3rd stage. Seminggu kemudian, terus operate untuk buang dan masa operate doctor dapat tahu dah final stage. Hari ni first chemo treatment dia. TC boleh kata sihat. Tak nampak sakit apa pun. Dia tak minum alkohol, coke pun tidak. Tidak makan luar, selalu homecooked aje. Tiada family history, nothing. Just happened je.

Sangat menakutkan. Sangat terkejut. Sy harapkan yang terbaik untuk dia dan semoga dia sembuh.

Dan sy juga briefly cerita kat nic pasal apa yang berlaku dalam hidup. Nic cakap tak sangka hidup sy macam roller coster. Bila sy cakap hidup sy screwed, nic cakap, mungkin tuhan tahu u kuat, so dia sudah prepare something for you. Dia tahu you boleh handle. Sy senyum saja. Berlainan agama, tapi apa nic kata memang la ada benarnya. Hey, seteruk mana pun, ada orang lagi susah. TC contohnya. Dan sy bersyukur atas apa yang sy ada sekarang. Sy akan cuba untuk tidak mengeluh. :)

posted from Bloggeroid

hari tu, duk selongkar2 kotak2 lama mencari financial calculator. tak jumpa pun. tapi biasa la, bukak kotak2 lama ni, macam2 jumpa. dan sy jumpa berkeping2 (betul ke ni?) surat2 dari kawan baik sy. sy panggil dia odeng. sebelum sy panggil dia nama tu, sy panggil dia "yang". kami kawan dah lama. sejak kami darjah satu, sampai la habis tingkatan 5. sama kelas dan duduk sebelah. sangat sayangkan dia, sampai sy pernah decide, sy tak kisah sy kerja apa, sambung belajar apa lepas SPM asalkan dapat bersama dia. sy akan pilih course yang sama dengan dia. dan dia adalah tangan yang sy sentiasa genggam dulu. sentiasa pastikan dia selamat, call dia hari2 walaupun sekolah sama. sampai la sy kenal sara, dan sy menjauh sikit dengan dia dan pilih jalan hidup sy sendiri. odeng ke upsi, sekarang jadi cikgu math. dia memang hebat matematik. di kala kawan2 baik sy yang lain blame pilihan jalan hidup sy bersama sara, odeng satu2nya yang sentiasa genggam tangan sy.

baru sy sedar, masa kami jauh di uni masing2, odeng rupa2 nya banyak bagi surat kat sy. dan saban tahun seperti sejak kami kat sekolah dia tak pernah missed birthday sy. baca semula surat2 dia, buat sy terasa sy bukan kawan yang baik. dan sebenarnya, sy tak pernah balas satu pun surat dia. :(

dan bila sy ingat2 semula, odeng beberapa kali datang ke uni sy untuk melawat sy, dan untuk melihat kehidupan sy. dan sy tak pernah jejak kaki ke upsi. dan waktu dia kahwin 2 tahun lepas, sy tak hadir pun. dan sekarang, anak dia, aisyah, dah dekat setahun. dan sy tak pernah datang tengok dia.

odeng tinggal tak jauh pun. kat shah alam, dia mengajar kat sekolah sana. beberapa kali dia ajak sy datang ke rumah, tengok aisyah. setiap kali pun sy cuma jawab, insyaAllah. sebenarnya, sy dan odeng sekampung. rumah mak sy dan rumah mak dia tak sampai 5 minit pun. setiap kali raya, dia selalu call sy dan tanya untuk berjumpa. tapi sy ni selalu sangat tak sabar2 nak balik ke KL. dan selalu end up tak dapat jumpa. but still, setiap tahun pun dia yang akan call sy dulu.

setiap kali pun dia tak pernah blame sy yang seolah2 melupakan dia. ermmm...baca semula surat2 dia, buat sy rasa sangat bersalah.

deng, nanti aku akan datang juga jumpa aisyah....