And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 13 November 2012

happy diwali...

eleehh...macam la ade reader yang sambut diwali kan...so hari ni public holiday, dan tadi ada lunch date dengan naz dan kawan2nya. few times dah naz ajak keluar sama tapi timing tak match, dan akhirnya kali ni berjaya juga. kawan2 dia sangat nice dan lain la dari besties sy. TOTALLY lain. lepak dan berborak dari pukul 2pm sampai pukul 7pm. rasa sungguh berilmiah perbualan tu. dan sometime jadi serius juga. setiap kali pun terlintas betapa bezanya kalau sy melepak dengan besties. dengan besties topik kami sangat ringan dan bangang juga. selalunya we talk about shits and craps, pasal yong hwa, yoochun, dong hae, top dan apa2 sahaja berkaitan korea. juga tentang betapa celakanye boss masing2. dan kadang kala terselit kisah 'kawan baik' kami yang telah di crossed off dari list kami. itu sahaja. dan masa nak waiter nak ambil order tu, sy pandang la waiter lelaki tu sambil senyum. tetiba waiter tu pandang sy dan minta sy jangan senyum kat dia, dia kata seram. sy cuma mampu gelak, sambil yang lain2 macam puzzled. sy pun tak tau apa motif waiter tu.

kalau kekasih ada, pasti malam ni dia akan ulas semula apa yang diorang semua cakap kan, dan explain dengan guna lay man terms kat sy. i mean terms yang sy faham. dan sy tahu, kekasih akan perasan part2 mana yang sy tak dapat catch up dalam conversation tu sebab diorang bercakap sangat bersungguh2 dan kadang kala ade few conversations at the same time. dan sy tahu, kekasih juga akan genggam tangan sy dan duduk di sebelah kiri sy sepanjang masa. tadi kawan naz bagi satu buku to each one of us. sy pun dapat. tebal. dan kalau kekasih ada, sy akan cakap, sayang, u baca dan cerita kat i lepas tu. dan sy tahu, kekasih akan iya kan sahaja, sebab dia tahu sy tak suka membaca, dan dia tahu sy suka dia bercerita kat sy. kalau lah kekasih ada.....

it's nice to know new people. new nice people dengan perspektif yang berbeza.

sebab petang tadi spent dengan diorang semua, maka tak dapat lah ber webcam dengan kekasih seperti biasa. dan bila sy balik tu, rasanya kekasih dah tido. semalam dia tido agak lewat. esok kita sambung balik rutin kita ya, sayang. sementara i tak start busy lagi.

owh, semalam keluar ofis seperti biasa pukul 7 lebih, dan baru lepas hujan. tse khim teman sekali jalan ke car park. keluar aje dari ofis, tiba2 angin sejuk bertiup. rasa sangat selesa dan sejuk. tiba2 tse khim cakap, nice cold night, wouldn't it be nice if we can cuddle with our gf. sy tengok dia, dan sambil mengeluh sy cakap, haihhh...we're such a loner.... *gf tse khim kat bangkok. she's a thais*. dan kami gelak kuat2, menggelakkan diri masing2, dan habis gelak, sama2 mengeluh. sad sad sad.....

sepanjang masa rindukan kehadiran kekasih. beberapa malam ni kekasih asyik muncul dalam mimpi sy. rasa sangat bahagia. takde buat apa2 signifikan dalam mimpi tu, buat daily routine macam dulu dia ada sama. pergi beli groceries sama2, drive sama2, tengok tv sama2 etc..all the little things. rindu sayang....tak sabar nak borak dengan sayang esok.

"When you close your eyes at night
and you rise above your life
Do you notice there's an empty space
where I wasn't by your side

Because I always dream about you
Every time I close my eyes
If I live to be one hundred
Will I ever cross your mind"

terima kasih sayang....

entah untuk ke berapa kali, u buat i jatuh cinta lagi pada u.

terima kasih untuk bahagia ini.

Monday, 12 November 2012

mata terkebil2 menahan ngantuk. perut pun kurang memberikan kerjasama. semalam asyik makan pedas aje. lunch dengan rizal, makan ayam penyet teteh (tapi sy suka sebut kedai tu ayam tetek..hahaha). then malam tu tetiba craving nak makan nasi goreng kampung, usha peti ais, cukup semua bahan, dan terus berperang kejap kat dapur. ye, pedas juga. makan sambil layan drama korea yang baru sy ikut. lebam mata bangun pagi tadi.

seperti biasa, alarm pukul 7am, kekasih text juga. cakap dengan kekasih, sy nak bangun siap, tetiba terus tertido semula dan tersedar pukul 8 lebih. melompat la bersiap, tapi still mood, ade aku kesah. bersiap dengan kadar biasa sahaja. turun bawah, ada nephews and niece sara. dah cuti sekolah kan, and parent diorang kerja hari ni. malam nanti baru nak hantar diorang ke kampung. duduk sembang dengan diorang, salam, cium dahi masing2 dan terus gerak pergi kerja. nasib baikla jalan tak jem hari ni.

sampai ofis, berborak dengan kekasih, dan seperti biasa dia dengan riang gembira membahan sy, typo pun nak bahan disertai dengan gelak keriangan dia. takpe sayang, u wait la...i kumpul setahun punya stok, u tengok la nasib u bila i jumpa u nanti. tak main la bahan2 online cenggini, i nak bahan u live. sampai menangis u nanti.

btw, sayang hantar gambar dia hari ni. rambut dia dah panjang. sy dah suruh potong, tapi tak potong2 juga. kalau i ade, dah i heret u pergi salon dah. messy dah i tengok rambut u tu yang. kekasih pun sibuk suruh sy update something kat sini. entah apa nak update, sebab semua benda kot u tau, kan sayang? i tunggu u update trip u, nak tengok gambar2 juga. tapi takpe, take ur time, i tau u busy.

so sebab i tak busy, biar i merapu kat sini.

semalam masa lunch dengan rizal, mak sms. ade la benda tak best sikit jadi yang buat mak sedih. ikut hati, sy  nak aje call orang tu ataupun balik rumah mak dan marah orang tu secukup2nya. tapi sy cuma cakap dengan mak supaya tak fikir sangat, jaga kesihatan, jangan sedih. dan sy juga seperti biasa perlu la sertakan lawak untuk ceriakan mak. sy tulis lagi, kalau mak sedih lagi, pergi la karaoke lagu dangdut sambil goyang punggung. mak cuma balas dengan gelak aje.

semalam juga sy text sara lagi untuk mintak duit rumah yang dah dua bulan dia tak bayar. dan seperti yang sy jangkakan, jawapannya; "sy takde duit". dan sy balas la dengan ayat2 bernada marah lite2. kemudian sara terus tanya mana fail rumah (ni fail dokumen2 rasmi rumah). sy tahu sy ade rasa tak sedap hati dengan hal ni. tapi walau macam mana pun, sy rasa sy dah clear dengan hak2 dan sy tentang rumah, legally, as advised by lawyer sy dan juga kawan2. so walaupun hati tak sedap, sy cuma ambil pendirian tunggu dan lihat apa yang sara nak buat lepas ni. dalam masa yang sama, sy dah well prepared dengan apa sahaja kemungkinan.

dulu, sy rasa sangat lelah kerana nak menjaga begitu ramai pihak, termasuklah sara dan keluarganya. menjaga supaya jika apa2 jadi, terutamanya pada sara, sy ada untuk membantu, hal duit terutamanya. tapi setelah apa yang berlaku selama ni, dan sy re-evaluate semula priority sy. dan sekarang, sara dah terkeluar dari senarai sy. sy cuma nak jaga keluarga sy (sepertimana pesan abah), bila sebut benda ni, memang terasa hati. bertahun2 sy lebihkan sara dan keluarganya lebih dari family sendiri walaupun sy tak bersama dia lagi.

so sekarang, family dulu, then kekasih, then besties, then kawan2 yang lain.

owh btw, minggu lepas dapat email dari SPA. katanya, sy lulus exam akauntan negara dan invited untuk next level assessment kat klang. seingat nya, sy takde la pula attend any exam baru2 ni, yang ada pun 2,3 tahun lepas. exam tu sy lulus dan dipanggil untuk pergi ke assessment kat INTAN. tapi masa tu sy kerja audit, bila sy bagitau boss sy pasal hal ni, die buat muka skeptikal giler sambil angkat kening kat sy, katanya, are u sure this is what u wanna do? govt? seriously isma?. sy gelak aje, dan tak pergi pun assessment tu.

sy tanya juga pendapat besties pasal hal ni. should i go or shouldnt i. awal2 dah diorang kutuk, why in the world sy terlintas untuk fikir pasal ni. ye, sy tahu, dan semua orang tahu, sy memang tak boleh kerja govt. semua yang sy percaya dan prinsip kerja sy adalah bertentangan dengan gaya kerja govt. tambahan pula sy suka pakai dress dan fancy skirt ke office, so ade ke giler nak masuk bangunan putrajaya dress up camtu? even aritu sy nak naik bangunan DBKL sebelah ni pun tak boleh sebab katanya pakaian sy menjolok mata. memang hampeh..sy pakai dress keje je kot....ermmm..kalau sy kerja juga jadi akauntan negara, maybe sebulan lepas tu sy kene buang negeri kot..sebab melawan boss...hahahha..

kekasih cakap, sy tak payah la keje govt. memang tak kena langsung dengan sy. hehe..yes, mem!! i tau..cuma nak tanya u aje. tapi pelik betul la kan tetiba dapat email camtu.

ok sayang, sampai di sini saje. tak sabar nak tunggu gambar2 trip u, dan nak bahan u pula. rindu kat sayang...


Sunday, 11 November 2012

home...tadi dinner dengan rizal kat melawati, our fav restaurant. punya la hujan lebat, sejam lebih baru sampai. dalam hati dah terbayang sayur goreng fav kami juga. sejam lebih drive. gila kan...sampai2 sekalinya ada wedding pula kat situ. tapi ade la few tables untuk walk in customer. belasah ajela..demi sayur goreng. bila waiter datang, katanya, cuma ada western food aje. kecewa, then cuma order lamb chop. kempunan nak makan sayur goreng :(

wedding tu sangat loud juga. dengan karaoke seisi keluarga, even the bride pun menyanyi. semua suara memang tahap karaoke keluarga lah. sakit telinga dan bersabar jela borak dengan rizal menjerit2. sampai sakit kepala dan terpaksa telan ponstan juga. tapi nasib baik juga tergerak ajak rizal dinner malam ni sebab minggu depan dia dah kena outstation ke Venezuela sebulan. ai ai ai...

seperti biasa, borak kosong, bergossip dan mengupdate kehidupan masing2 sambil mengumpat wedding yang tengah berlangsung. seriously, pakaian groom itu adalah major failure. seluar putih, kemeja long sleeve putih, vest hitam dan tie. sy cakap dengan rizal, kalau tie tu jadi bow tie, memang dah sebijik macam waiter hotel. oh well, takde pun rasa nak cerita pasal wedding tu kat sini, takde kene mengena dengan sy pun, cuma sy sangat annoyed dengan karaoke tu. geram pun ada. kalau betul nak buat wedding, book la the whole restaurant, dan buat sy takde pilihan untuk makan kat situ seterusnya memaksa sy cari restoran lain tadi.

kekasih pun tengah pergi jalan2 ni. apa entah nama tempat dia pergi tu. dia ada bagitau, tapi lupa pula. esok baru dia gerak balik tempat dia semula. esok maybe sy lepak dengan rizal lagi, sy tak bawa dia tengok rumah lagi. tapi tengok la camne. isnin nanti birthday dia, so esok nak belanje dia makan pula. tadi dinner dia belanja, untuk my long overdue birthday dinner. tapi still kecewa sebab tak dapat makan sayur goreng tu. mencik!!!!

rindu pada kekasih sayeeeee!!!!ermmm...baru genap sebulan dia pergi...baru genap sebulan kami officially thousand miles apart. I hope, by this time next year, sy ada di sisi kekasih kat sana, physically. takpe isma, setahun aje lagi..aja!!!!

Thursday, 8 November 2012

bangun pagi tadi sungguh la cranky sebab tak cukup tido. malam tadi sampai rumah dari ofis dekat pukul 9, dinner then layan korea, tengok TOP dalam Family Outing, berangan sambil tersengeh. tak sedar dah pukul 12 lebih. baru terkedek2 nak cuci mekap dan mandi walaupun hati meronta2 nak tengok TOP lagi. paksa juga diri untuk tido.

pukul 4.46am, sharp kekasih text kejut bangun untuk bootcamp. tapi baru terasa mengantuk ya amat dan letih juga. penat drive kelmarin tak hilang lagi. sempat baca dan terlelap terus. lantak lah boot camp tu. pukul 7am, alarm bunyi bersama text dari kekasih lagi. celik mata dengan rasa yang sangat marah dan rasa nak berguling2 bengang dengan diri sendiri yang tak cukup tido. jadah melayan TOP sampai tak cukup tido. kekasih text lagi, sy baca dan tak reply. bangun dan mandi. drive ke ofis, masih lagi cranky. sampai ofis terus buat coffee, sweet, creamy and strong. lepas beberapa sip, terus mood okay. ajaib bukan..hahaha..

terus text kekasih. kekasih cakap dia tahu sy cranky, dan dia cakap, dalam tempoh 3 bulan bersama, tidur bersama, dia dah tak terkira berapa kali sy merengek2 bangun tido. tak kira la malam ke, pagi ke, petang ke...sy cuma mampu gelak aje. dulu masa kekasih ada, dia memang rajin melayan dan memujuk bila sy bangun tido. hehehe, i mengada2 dengan u aje sayang....sebab u aje la yang larat melayan i.

then chat dengan orked, dan berangan pasal wedding dress. ye, sy ni suka macam2 dan bukan2. dulu pernah orang tanya sy, tak teringin ke nak kahwin. i said, of course. part yang paling sy suka adalah the preparation of the wedding, cari wedding dress, wedding cake, katering, pelamin, menu makan kenduri, decoration, card, dan yang paling penting reception. jemput kawan2 dan sedara mara makan2. and that's all about it. itu sahaja yang sy nak. bukan kehidupan selepas kahwin ke, suami ke, ape ke. hehehe...pendek kata, sy suka shopping dan makan2, itu je.

so nanti bila2 senang, nak pergi usha dan test wedding dress dengan orked. sy cakap dengan orked, kita kena buat muka confident dan muka macam we are getting married for real. keh keh keh...

Wednesday, 7 November 2012

Alhamdulillah...semuanya ok. Along takde cedera yang serius, cuma berjahit kat dahi dan lutut dia. dia sedar tapi tak boleh bercakap sangat dan mata pun tak boleh buka sangat sebab muka dia bengkak. dan kadang2 sakit dada bila tarik nafas, mungkin terhentak.

masa tunggu waktu melawat, lepak kat lobi dengan mak dan angah. sy tahu mereka semua agak risau dan susah hati. tapi masing2 hanya gelak2 dengan lawak2 entah apa2 masing2. bila jumpa along, rasa cuma mampu telan air liur bila rasa semuanya tersekat kat dada. tapi semuanya ok, abang dan kakak mak juga datang sekali. pukul 2, habis waktu melawat, terus drive balik, singgah kluang hantar angah. sepanjang perjalanan dengan angah, sy cuba menceriakan dia. bercerita la, menyanyi la, buat lawak la. tapi sampai kluang, ade eksiden motor pula kat traffic light kat bandar. lepas aje eksiden tu, angah cakap, "sedangkan tengok orang lain eksiden pun macam remuk hati, ni pula abang sendiri". sy terdiam, tak tau dah nak cakap apa. sampai rumah dia, rehat kejap, then terus drive balik KL.

letihnya memang tak terkata. letih yang sampai rasa nak menangis, tapi sy tahu itu bukan pilihan sebab bila menangis, bukan menyelesaikan masalah letih tu dan juga hanya akan jadi lagi letih.

kelmarin, bila sy dapat khabar along tu, Fan tanya sama ada sy ok, sy senyum dan cakap sy ok. fan cuma angguk2 sahaja. then Fan cakap, perlukan kekasih kan di saat2 macam ni? sy senyum dan tanya, untuk apa? "untuk at least pegang tangan u?" sy senyum lagi dan jawab, takpe fan, i boleh pegang tangan i sendiri.

kedengaran angkuh kan, seperti takde hati perasaan. but hey, sy seboleh2nya dan sedaya upaya sentiasa mengingatkan diri untuk berpijak pada dunia yang nyata. kekasih memang takde di sisi, mengapa perlu wujudkan khayalan ataupun impian yang dia ada secara fizikalnya? benda yang dah memang nyata, so deal with it.

semalam bila sy bagitau kekasih yang sy sangat letih untuk drive semula ke KL, and she said sorry.

hey sayang......

ini adalah keputusan kita bersama. i rasa kita tak decide benda ni dalam satu hari kan. kita dah figure out semua kemungkinan yang akan berlaku, dan kita juga patut dah ready dengan ketiadaan satu sama lain secara fizikal dalam apa jua hal. bila u say sorry tu, i rasa macam u tak menerima situasi kita sekarang ni. adakah kerana u rasa bersalah atau u menyesal dengan situasi ni? u rasa hopeless? atau apa2 jualah.

sayang, ini keadaan kita sekarang, bercinta dan berjauhan. tiada siapa pun yang salah, so jangan rasa bersalah, jangan sekali2 rasa itu jika u tak boleh pegang tangan i atau bahu u tiada ketika i menangis. kita dah settle dah hal ni, sebelum kita decide untuk bersama. percaya dengan i, i boleh jaga diri i dengan baik. dan i juga percaya u akan jaga diri u baik2 kan.

janji kita, untuk tidak risau akan each other so much kan....dan juga akan bgtau walau apa pun. I okay, sayang...u pun kena okay juga. kalau i tak okay, u pun jangan la tak okay sebab i tak okay, okay? hahhaah...faham ke tak ni sayang?

love you sayang. bertabahlah dengan semua ni, sebab i pun sedang bertabah... sayang, aja!!!!! *ye, i akan bertabah untuk tiff setting i*

Tuesday, 6 November 2012

Semalam macam2 jadi. Pagi tu dapat khabar dari mak, adik bungsu suspek kena batuk kering, terus call kakak, dia ada kat hospital, husbandnya masuk wad sebab crack disc. Adik sebenarnya tengah belajar kat semenyih, dan rupa2nya dah dekat seminggu dia balik rumah mak sebab demam dan batuk tak kebah2. Sy tak tau dan tidak diberitahu. Mungkin sebab apa yang sy cakap pada adik waktu sy hantar dia pulang ke asramanya raya haji lepas. Ye, waktu tu dia cakap dan buat something yang buat sy sangat marah. Sangat. Dan sy cakap something yang agak harsh kat dia ketika itu. Mungkin sebab itu.

Bila dengar apa mak cakap, tiba2 rasa sangat bersalah dan automatik teringat pesan abah supaya jaga busu. Terus rasa loya, sick dengan perbuatan sendiri, lari ke toilet dan muntah.

Tak rasa lega pun. Cuba bertenang dan distract dengan berborak la, main game la etc. Menjelang petang, sy rasa ok semula.

Pukul 7 lebih, sy dah nak pack untuk pulang, sherin dan fan ajak smoke kejap. Waktu smoking, adik call dan bgtau abang sy accident. Balik kerja, naik motor dan kena langgar lori. Terus call kakak, tak berani nak call mak, kakak kata dia dah tau dan dah call kakak ipar, diorang semua otw ke hospital. Kakak ipar kata mak cuma tahu along eksiden, pasal lori tu memang tak nak bgtau mak dulu.

Luluh jantung dengar. Terus pack dan balik rumah. Badan tiba2 rasa seram sejuk. Otw balik rumah, tiba2 ade lori kontena kat depan laju betul dan tiba2 brek mengejut. Seriously terkejut dan tiba2 menangis pula..aiii cengeng betul sy.

Sampai rumah, terus pack baju dan mandi. Hati tetap tak tenang. Then i put on make up. Distraction. Makan sikit, dan terus drive. Waktu drive kakak call katanya dia call henfon along dan polis yang angkat, katanya masih dalam ambulans, cedera kat kepala dan kaki. Kemudian dia call lagi katanya kakak ipar dapat tengok kejap kat emergency, katanya darah keluar dari mulut dan hidung. Tarik nafas dalam2 dan cuba bertenang.

Malam tadi pukul 10.30pm baru gerak dari rumah. Malam gelap gelita. Dan sampai area johor tak ada kereta pun. Yang banyak cuma lori2 besar sahaja. Kalau pandang rear atau side mirror memang tak nampak apa2. Ye, pertama kali sy rasa takut. Rasa sangat penat dan letih juga. Sampai satu tahap rasa nak give up drive. Tapi apalah pilihan ketika tu, takkan nak stop tepi jalan dan tidur? Gile? Cakap dengan diri sendiri, don't be a baby la..jangan nak mengada2 sangat. Kene tabah. So drive sampai ke rumah kakak kat kluang non stop.

Asalnya plan untuk singgah ambil kakak dan terus ke hospital di jb, tapi ketika tu pukul 1 pagi, dan along pun dah transfer ke wad. Esok aje katanya pergi ke hospital.

Pagi tadi, pagi2 lagi kakak dah keluar ke hospital kluang untuk uruskan husband dia, dan sy bangun awal juga siapkan anak2 nya ke sekolah. Siap hantar budak2 ke sekolah, kakak tiba rumah, siap dan terus drive ke jb.

Sekarang kat lobi hospital, tunggu waktu melawat pukul 12 nanti ni.

posted from Bloggeroid