And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 2 May 2013

Hai sayang..ye nak tido dah ni...

Puas i fikir kenapa i rasa sangat melodramatik sehari dua ni. Memang la rindu u macam selalu, tapi kenapa makin teruk.

Bila i dah habis fikir dan siasat, now i know. It's because of u rupa2nya. I terpengaruh dengan u yang tiba2 rindu i macam tak tertahan2..hahaha...cuba u tengok pattern kita dah lain sekarang. Selalunya, u just akan text i ucap good morning setiap pagi dan i akan text u bila i sampai ofis, kita akan borak dalam pukul 5 lebih, once a day. Dan itu rutin kita selama ni.

Tapi sekarang, u call i every morning kejut i bangun tidur, dan sometime i call u bila i sampai ofis. Petang, most of the days, kita akan sembang 2 kali. Around 4pm and late evening before u go to bed. In between, sometime kita webcam, even tak bual apa. And u selalu hantar gambar gerak2 u.

Well, the more i see/hear u (virtually) the more i want u to be around, physically. I rasa u yang rindu i banyak2 ni sayang. Dan buat i rasa yang sama. Cuma i agak drama sikit dalam hal ni. U, macam biasa la...lebih kacak, so tak drama macam i.

Ok, itu lah kesimpulan i. I suka je u rindu i..cuma sekarang, i rasa it makes sense la apa yang i rasa. No sayang, i dah tak nangis dah. Aritu je..drama, pms. Tapi i sayang u tau..... banyak!

posted from Bloggeroid

Tuesday, 30 April 2013

Friday, 26 April 2013

owh...sudah lama tidak merepek di sini. masih lagi di ofis, tapi dah tak larat mengadap kerja. it's been few weeks non-stop with the long nights. dan harapannya weekend ni would be the last working weekend for this quarter. tapi lepas ni sepatutnya start dengan satu lagi akaun yang lain, tapi dunno lah. let's not worry about that first.

semuanya baik2 sahaja. sy dan kekasih sekarang ni pun sama2 busy. tapi masih lagi sempat untuk curi masa at least setengah jam setiap hari untuk bertanya khabar dan bergossip. sebab sekarang ni terlalu swamped dengan kerja, maka takde cerita lain lah dalam hidup sy sekarang selain dari kerja dan kekasih.

cuma tinggal 3 kali weekend je lagi untuk kembali dalam pelukan kekasih. kadang2 rasa macam lama sangat bila difikirkan, tapi sebenarnya sekejap je pun. minggu ni pun terasa sangat cepat habis. tak sedar pun esok dah hari jumaat. haiiihhhh...kerja bertimbun lagi. tadi tengah tekun buat kerja, tiba2 boss bagi satu set akaun lagi dan dia senyum je. ok, sy faham...........tapi malas dah nak tengok malam ni. esok je la fresh start.

hari ni rasa sangat crap. maybe sebab sangat letih, penat dan tak cukup tido. kekasih cuti hari ni, ada cuti apa entah kat sana. so pagi tadi bersiap pergi kerja dia teman la. tengah bersiap, dan capai baju kurung, kekasih tegur...yang sy memang akan pakai baju kurung bila sy sangat penat dan tak cukup tido. bila dia cakap, baru lah sy perasan. memang itu yang selalu jadi.

sebab sangat penat, hari ni memang bercita2 nak balik awal. awal as if tak la sampai 12 pagi. tapi tadi dinner, tetiba kwee huey ajak beli sundae mcD. lepas dapat tu, terus automatik rasa happy macam nak melompat2. maka berjaya lah stay back bekerja malam ni, sampai lah boss hulur akaun baru tadi, terus kacau speed buat kerja. so sekarang, dah letih, mengantuk dan penat. tengah tunggu team mate lain siap untuk balik sama2. dah lewat, nak jalan ke car park sorang2 agak scary lah jugak.

cepat la weyyy...penat dah ni...


Sunday, 21 April 2013

I ada banyak sangat kerja. semua kena siapkan asap. I ingat nak start buat lepas u tido tadi. but i just can't help it but missing you so much. so just sit on my bed in the dark, cry and cry and cry. wishing you're here.

baca balik text2 u, dengar balik voice messages u, tengok balik video2 u. tapi buat i menangis lagi kuat. don't know why. i just missed you so bad.

I tau, tak lama je lagi. tapi i dah lama tunggu.

kenapa sayang i banyak sangat?
kenapa layan i terlalu sempurna?
kenapa buat i rasa bahagia sangat?
kenapa tak pernah kata tidak untuk apa pun i minta?
kenapa selalu ada bila i cari?
kenapa selalu layan i dengan baik?

kenapa buat i rindu u sebegini sekali?

Sunday, 7 April 2013

kekasih bukan cinta yang pertama. dulu jatuh cinta, about 10 tahun yang lepas. dan dipenuhi dengan drama, suka duka. 10 tahun lepas tu, masih sangat2 muda. belasan tahun. berpegang pada hubungan yang memang retak selama bertahun2, kerana janji pada diri sendiri untuk kekal setia. masa tu, mungkin kerana usia dan pengalaman yang tak semana, rasa kerana dia jelah yang ada, dia lah intan, dia lah permata. sanggup ketepikan semua dalam hidup untuk dia. dalam hati rela dengan seikhlasnya untuk lupakan study dan walau apapun, jika dia minta, jika itu meletakkan hubungan itu dalam keadaan yang tidak selamat. tapi semuanya berakhir juga.

dan sy jumpa kekasih. ketika itu, memang sy rasa, i'm done with relationship. done with women, yang tak habis2 drama. mahu fokus pada diri sendiri, pada famili dan kerjaya. ikhlas bila pertama kali tegur kekasih, tiada niat apa2 pun. cuma mahu kenal. ketika pertama kali jumpa juga, sy ikhlas. cuma mahu cari kawan, mahu cari perspektif baru dalam hidup.

dari awal memang tahu kekasih akan pergi jauh. kerana sama2 selesa, kami bersama bersyarat. kukuh hati berpegang dengan syarat itu. tidak mahu ambil risiko lagi. kami kenal dan bersama cuma 2,3 bulan sebelum dia pergi. tapi bila kadang2 kenang balik, memang dah macam2 kami buat bersama. entah macam mana semuanya macam kena pada tempat dan waktunya. terlalu smooth.

bila kawan2 rapat bertanya tentang kekasih pada waktu itu, memang "syarat" itu sy tekan kan pada mereka. mereka semua cuma senyum, mengiyakan. bila mereka dapat tahu sy dan kekasih finally decided untuk bersama, mereka semua cakap, "i knew it. it's just when." mereka kata, bila lihat cara kami pandang each other, dan cara kami bercakap, diorang dah tahu kami akan bersama juga eventually. sekarang, bila berbual dengan kekasih, tentang masa itu, kekasih selalu cakap, orang lain memang dah lama nampak, kita je yang tak nampak. oh...terasa agak silly.

kali ni rasanya lain. rasa lebih dewasa dan bertanggungjawab. keputusan yang diambil, bukan dibuat dalam sehari dua. banyak benda yang diambil kira, dan dibincangkan. pelbagai situasi diambil kira. kali ni lain. sebab rasanya, sy takkan buang semua hidup sy sekarang ini untuk hubungan ini. tapi sy akan seupaya mungkin untuk pertahankan dan juggle semua benda. might not be perfect, tapi semampu mungkin.

kali ini rasa lebih selesa. tidak sempurna, tapi cukup untuk buat bahagia. setiap hari pun, tak terkira kata rindu dan cinta diucap. tapi masih rasa tidak mencukupi. bukan mudah untuk berjauhan. banyak benda rasa tak lengkap. tapi setiap kali pandang wajah kekasih, dalam hati memang yakin, semua ini akan berbaloi.

kami cuba merancang untuk yang terbaik akan datang. sedaya mungkin untuk berpijak pada bumi nyata dan realistik dalam perancangan. macam kekasih selalu kata, siapalah tahu masa depan. takpe, yang penting adalah buat yang terbaik. dan sy tahu sy akan buat yang terbaik untuk hubungan ni.

kekasih, i rindu sayang macam biasa. banyak! minggu depan ni i tau kita akan sama2 busy. tapi i akan curi masa juga untuk u walaupun sekejap. tidur lena ya sayang. love you so much!
since ni last weekend sebelum sy busy semula untuk Quarter 1 audit, so marilah menulis. sedar tak sedar, beberapa hari lagi, genap 6 bulan berjauhan dengan kekasih. gosshh....dah setengah tahun. ok, seriously ada sedikit rasa kagum dengan diri sendiri sebab berjaya LDR, thus far. perasaan, masih sama. bila ber webcam dengan kekasih, perasaan masih sama masa mula2 kekasih sampai sana. masih rasa sesak dalam dada rindukannya. kekasih masih juga sama. sentiasa sabar melayan karenah sy yang macam2.

sekarang ni lagu JT yang baru tu selalu sangat kat radio, so pagi tadi, seperti weekend2 yang lepas, request macam2 sy adalah untuk kekasih nyanyi lagu tu pula. punya la dia mengelak dan seboleh2 layan sy borak benda lain supaya sy lupa, akhirnya dia mengalah juga. walaupun berirama lebih sikit daripada membaca buku teks sekolah rendah, tapi rasanya itu buat sy rasa tak terkata2. thanks sayang...kasihan you bersungguh2 menyanyi sampai berpeluh2. tapi you kelihatan comel macam biasa, dan i jatuh cinta macam biasa juga.

siang tadi, bersemangat nak masak something, sebelum keluar tu, kekasih makan dried fir. macam sedap je dia makan. so keluar pergi pasar, dengan niat nak beli dried mango sekali, tapi takde pula. then ternampak la dried fir, terus beli. sampai rumah, makan depan kekasih, first bite dan rasa nak menjeluak. seperti biasa, kekasih dipersalahkan sebab tak stop sy dari makan benda tu, even untuk beli benda tu juga. i love you lah yang...

rindu lah kat kekasih. kejap lagi nak call sayang, kejut bangun pagi. owh sayang...sepanjang u tido tadi, i sempat lepas level candy crush tadi. finally!! and..... i berjaya trim eyebrow i dengan betul kali ni. tak sabar nak tunggu sayang bangun dan tunjuk sayang. see you kejap lagi, yang...love u!

owh...ni lagu tu...








Wednesday, 3 April 2013

Program Perantis

Tak pernah tau menahu pun pasal program ni. Alkisahnya.....

masa tengah peak period aritu, team sy diassigned sorang associate baru, bernama Farah. so seperti biasa, orang ofis suka bagi number sy sebagai contact person dari team untuk semua new joiner. so sy contact la farah ni dan brief dia apa dia perlu buat sebelum masuk dalam team.

tapi dia telah screwed up from that moment. seboleh2nya sy memudahkan kerja dia, tapi dia screwed up dengan boss team sy, choon ling. first impression memang dah ke laut. sy cuba cover dia dan apologised kat choon ling on her behalf. i know how hard it is, fresh grad, baru start kerja, masuk team yang sangat team oriented.

first few days dia dalam team, dia memang screwed up habis. semudah2 kerja semua dia tak boleh buat, tak nak bertanya, tak nak hulur tangan tolong team, semua tak nak lah. sy makin bengang. selalunya new joiner akan di tag dengan sorang senior, macam buddy system la. so new joiner tu akan di guide and di coach dalam semua hal. mula2 team nak assign sy jadi buddy farah, tapi at that moment, sy memang dah banyak pissed off dengan dia, then i told choon ling, better bagi orang lain before i kill her, or she kill me. so choon ling agreed.

at the end, every senior in the team gave up on her. semua cuba nak tolong, tapi dia seperti tidak mahu berada di situ, even untuk kerja ni. sy pun dah cuba untuk bagi dia last chance, one night, i sat with her and go through one by one of her work and told her exactly what she needs to do. tapi ended up hampa juga. dia tak buat juga. another senior, buddy dia, kena re-do semua kerja2 dia. tak tahan, kami release dia dari team.

hujung bulan dua lepas, patutnya habis probation period dia. bila keluar confirmation list, nama dia takde. my team tak terkejut pun pasal hal ni. sebab sy memang terang2 dah cakap dengan choon ling not to conform her.

then masa makan2 kat rumah yee jun hari tu, keluar la hal farah ni. choon ling cakap farah still in the firm, cuma probation period kena extend. wahhhh...and i asked why, choon ling cakap pasal program perantis. dia pun tak familiar pasal tu, neither do i. so sampai situ saje.

so...

hari ni, sempat berbual dengan partner team sekarang ni. borak2 hal associate tak berkualiti. dan sy tanya pasal program ni. rupa2nya ni program kerajaan untuk unemployed graduates. eventho graduate tu tak reach the par pun, semua big companies kena ambil diorang dan kerajaan bagi allowance RM500-RM1000 sebulan. i was like...wow!!!

partner tu cuba la korek sape associate yang sy maksudkan, tapi sy tak cakap la nama dia. then partner tu cakap, u should be fair. she continues her services but she's just a burden to others, is it fair? sy senyum jela. pastu dia kata lagi, kalau sy dah ready, bagitau nama farah tu kat dia. dan dia akan pastikan farah tu berhenti dari firm.

pointnya kat sini....

si farah tu la....dah dibagi peluang, dah dibantu, masih tak menghargai. apa nak jadi? kadang2 malu juga la. melayu, dah ditolong bagai, masih hidup berangan2. come on la...malu juga sebab masa dia dalam team, interns sy buat kerja lagi bagus daripada dia. sampai satu tahap, team dah sangat2 hilang percaya pada dia, even nak buat kerja yang sangat senang pun diorang prefer suruh intern yang buat.

program ni bagus, tapi bagi orang2 yang perlukan pertolongan la. memang ada orang2 yang memang bagus, tapi takde rezeki untuk dapat kerja. graduan yang betul2 ready untuk bekerja. bukan yang macam si farah ni. sy pun tak tau la apa dia nak. seolah2 bila dia dapat bantuan ni, tapi dia tak menghargai, tak ke dia rasa dia menutup peluang orang lain yang betul2 nak kerja? tak ke dia rasa dia mengambil hak orang lain?

hmmmm......