And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 31 December 2012

last entry for the year of 2012.

sabtu lepas balik rumah mak, selepas tak semena2 mak cakap rindu. agak pelik juga sebab sepanjang bertahun2 sy hidup kat sini, mak tak pernah macam tu. sampai katanya kalau sy tak boleh nak balik, dia nak datang sini, jumpa sekejap pun takpe. bila kat rumah mak, along pun ada sekali. beriya2 mak tanya bila sy nak berdua. sampai la ke pagi tadi dia tanya juga. memang pelik, sebab selama ni mak tak pernah bother pasal benda ni. lagipun apa dia nak kejarkan dengan sy, dia dah ada menantu perempuan, menantu lelaki dan cucu2 yang ramai dan comel.

bila dah nak bergerak tengahari tadi, sempat la sembang lagi dengan mak. setelah jenuh sy fikir, barulah faham. rupa2nya semua benda2 pelik yang dia buat tu, sebab sy tak sihat minggu lepas. demam, batuk dekat seminggu. dia risau. sebab selama ni dia tahu sy dengan sara, jadi ada la orang jaga sy. tapi sekarang, sy tak pernah mention sara depan dia, dan rasanya dia pun lupa sy ada housemate. dia risau tiada siapa jaga sakit pening, makan minum sy. comel betul la mak ni.

jadi kekasih, bila u balik sini tahun depan, kita berdua kena spend masa dengan mak ye, supaya dia lega dan tahu i bersama someone.

anyway, kekasih pergi travel dari khamis minggu lepas. jadi memang terhad la nak sembang ataupun nak berwebcam. petang tadi, baru dia balik rumah semula, dan 2 jam lebih dia sampai, sy pun sampai rumah. terus berwebcam melepas rindu. walaupun kekasih dah memang jauh kat sana, bila dia pergi travel, sy rasa dia makin jauh pula. tadi masa sy drive balik kl, bila dia text cakap dia dah sampai rumah, automatik je sy rasa macam dia dekat semula dengan sy.

seperti biasa, ada sesi show and tell. kekasih tunjuk la barang2 yang dia beli sepanjang trip dia. sy cuma mampu kerut kening. dia beli penanda buku, pembaris, poskad etc. benda2 tu unik la, boleh dapat kat sana je. tapi kekasih awal2 lagi dah cakap sebelum dia tunjuk benda tu, katanya, tapi, sayang....benda ni tak praktikal pun. sy cuma mampu senyum aje. lepas sesi dia, sesi sy pula tunjuk barang2 yang sy beli sepanjang beberapa hari tak berwebcam. dan turn kekasih pula kerut kening. kami ni memang kelakar, memang berbeza sangat bila hal2 macam ni. sy beli la perfume, blusher, body butter, tunic top etc. ye, kekasih memang tak faham kenapa perlu beli sebab dah ada pun semua tu, dan ye, seperti mana sy tak faham dia beli pembaris tu. tapi takpe, kami tetap cinta satu sama lain. owh, ada satu lagi benda kekasih beli. dia beli photo album, cantik sangat. bila dia tunjuk, terus dia cakap, "ni untuk wedding album kita." sy cuma mampu senyum bahagia.

kurang sejam lagi, tahun baru dah. tadi sempat webcam dengan kekasih sampai new year kat tempat dia. gigih dia nak tunggu new year kat sini juga. tapi jelas sangat muka dia letih. jadi sy suruh dia tidur je dulu dan wish sy new year esok pagi je.

tahun baru ni, sy harapkan semua orang dapat yang terbaik, dan hidup dengan lebih baik. semoga semua urusan dipermudahkan untuk kita semua, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan dipanjangkan umur.

tahun 2012, has been great and amazing, all the ups and downs, semoga kita belajar sesuatu untuk menjadi insan yang lebih baik.

untuk kekasih hati, semoga tahun depan ni berjalan lancar dan tercapai hendaknya apa yang kita cakap tadi. dan ya, terima kasih kerana masih bersama, semoga kita masih bersama esok, tahun depan, dan bertahun2 lagi. semoga kita sentiasa 'bias' sesama kita untuk selama2nya. selamat tahun baru, sayang. love u so much!!

Wednesday, 26 December 2012

4 tahun.

rasa kosong yang masih lagi terasa kosong, belum terisi. masih rindu, masih dengar suaranya, masih nampak kelibatnya, masih lihat nombor telefonnya, masih ingat senyum tawanya, masih mahu dia ada disisi.

hari ini, 4 tahun lepas, separuh nyawa cuba lepaskan dengan redha. senang cakap, senang je mulut untuk cakap. sedangkan hati masih tersedu bila sebut namanya. 


Wednesday, 19 December 2012

semalam tak sihat, tapi gigih juga bekerja dan berada di ofis sampai ke petang walaupun kekasih seharian memujuk sy untuk balik rumah dan rehat. dan hari ni memang sy tak ke ofis dan berehat di rumah saje. kekasih meneman sepanjang hari. seharian berwebcam dengan kekasih, seperti biasa masa berlalu sangat cepat. rasa baru je berborak, tiba2 dah berjam2 rupanya.

kekasih memang sepanjang masa selalu pesan macam2 dengan sy. maklumlah, sy ni memang sentiasa lupa segala benda. semalam pun dia buatkan list apa yang perlu sy beli di farmasi, semuanya lah. dari cool fever, vicks, ubat selsema, ubat batuk, panadol etc etc. dan siang tadi sebelum sy keluar nak lunch, kekasih buatkan list lagi untuk sy ke pasar sebab sy kata nak masak sup. kekasih kata, nanti dia akan buatkan list dan lekat kat meja mekap sy supaya tak lupa. termasuklah list untuk pastikan dalam wallet ada cash.

sebelum kekasih tidur tadi, seperti biasa la pesanan2 penaja dia, untuk pastikan sy makan ubat, kunci pintu rumah, tutup semua suis, pakai baju, jangan on air cond malam ni, minum air masak banyak2, etc etc. dan dia even set twitter dia untuk tweet sy on time untuk sy makan ubat waktu dia tengah tido. sweet la u, sayang.

pagi tadi, seperti biasa kekasih akan text sy untuk kejut sy bangun tido pergi kerja. selalunya bila sy tak balas lama, dia akan call dan tanya kenapa. kekasih selalu pesan, suruh sy jaga diri baik2 sepanjang dia takde ni, dan nanti dia balik dia akan jaga sy sebaik2 nya, semampu dia. i agreed dan cakap nanti dia balik sy tak nak jaga diri sendiri, biar dia jaga kan. hahaha...tapi kekasih tak nak kalah, katanya, sy jaga dia lah. ciss baby ni..bagi la chance i sikit.

so far, semuanya smooth aje hubungan ni. tak pernah gaduh atau terasa hati. dan ada juga ketikanya sy terdetik, not bad juga LDR ni. ok je semuanya, walaupun ada ketika sy nak sangat kehadiran kekasih. tapi kena jadi dewasa, bertahan lah untuk 3 tahun ini untuk bertahun2 lagi bersama. kekasih selalu ada, selalu available, cuma takde secara fizikal. dan sy tahu dia rindu sy sepertimana sy rindu dia. dia cinta sy sepertimana sy cinta dia. sy pernah cakap dengan kekasih, ada pasangan yang lagi teruk keadaannya dari kami, seperti satu pihak aje yang rindu setengah mati atau pun satu pihak je yang sangat cinta.

setiap kali pandang wajah kekasih, sy tahu, we'll be just fine. i will be just fine. semoga esok sy sembuh sepenuhnya. kekasih, i nak mandi, makan ubat dan tido. dah tutup semua suis dan dah kunci semua pintu. ye, i akan pakai baju tido, ye, i tak on air cond malam ni. jumpa esok ye sayang. love u sooooooo much!

Monday, 17 December 2012

baru lepas dinner. of course, masih di ofis. dengan hutang dengan bos untuk siapkan draft audit opinion. seharian buat research pasal nak draft opinion dengan emphasis of matters. aiiiii...tadi petang bila dah stress2, bebudak ni duk la melepak tempat sy sambil borak2 kosong. dan sorang ni Chen Mun, cakap la pasal bunga atas meja sy. sy kata ni bunga ketiga or keempat kekasih bagi sepanjang kami kenal beberapa bulan ni. tiba2 chen mun tak puas hati. katanya dia dah bersama BF nya for 5 years dan cuma dapat sekali sahaja. dia ni memang kelakar dan sangat straight forward. katanya, masa awal2 kenal bf nya, dia cuba la menunjukkan ciri2 yang menawan hati, dan dia kata yang dia prefer bunga itu berada dalam soil, bertanam, kerana bunga yang dipetik akan mati. maka tak lama tu, bf bagi dia bunga dalam pasu. maka geramlah chen mun kerana kelurusan bfnya. tapi kami yang lain cakap la yang itu lah sepatutnya bf dia faham.

bila dia nampak cincin di jari sy, lagi la dia macam bising. sy cakap, minta la bf dia belikan. katanya pasti akan ambil masa dan lambat untuk keputusan itu, dia kata better dia turun bawah sekarang dan beli sebentuk cincin untuk dirinya sendiri. sy cuma mampu gelak jela.

owh..sy ade sorang associate yang sy ambil dan tag bawah sy. lets name her as KMF. kmf ni boleh tahan juga, mixed. tapi sy ambil dia bukan sebab rupa, ya. over the years in this line, i learnt that rupa tidak membawa apa2 makna kerana sy akan end up re-do balik keje2 diorang jika hampeh. so far kmf's work boleh tahan, dan dia menunjukkan ciri2 yang senang untuk bekerjasama dengan sy. actually sy ade sorang lagi associate, lelaki, vincent namanya. selepas seminggu lebih, sy simpulkan sy tak suka dia, dan sy release dia pada orang lain. hari ni ade sorang lagi baru masuk, perempuan, boleh tahan juga. so far mendengar kata dan buat apa yang disuruh. dan tetiba petang tadi, Ivan bising nak orang tolong dia dan cakap sy boleh bagi Vincent. then ivan kata sy sexist sebab sy ambil semua perempuan dan bagi dia lelaki pula. cissss...tak guna.

okay, cerita pasal si kmf ni. dia suka juga berkepit dengan sy. selalu cari masa untuk berborak dengan sy. bila sy smoke kat bawah bila2 kami semua balik lunch/dinner dia mesti nak teman kan sy sambil borak2. oh well, maybe sebab dia tahu dia akan kerja bawah sy sampai hujung januari depan. actually, it's the best move to build relationship with someone yang akan review performance dia. so sy anggap dia macam tu ajela.

sayang, i rindu u. tak sabar nak webcam dengan u nanti. nak tengok rambut u puas2. tengok leher u dalam video tadi tu buat i rasa nak jadi vampire sekarang juga. tidur lena ya, kekasih. love u!!!

Sunday, 16 December 2012

semalam, genap kami bersama untuk 3 bulan. setiap kali terlintas hal kekasih, memang mampu buat sy tersenyum bahagia. hari rabu lepas, agak stress dengan kerja yang sangat banyak. balik lewat malam juga. hari khamis pagi tu, sy ke ofis agak lewat, sebab tak larat nak bangun dan sampai ofis pukul 10 lebih. berjalan sampai ke work station sy, dan nampak ini atas meja:

dalam kad itu kekasih tulis, it's been 3 months already.

sy mampu senyum meleret2. bila berbual dengan kekasih, katanya nak bagi on our monthsary, tapi 15hb tu jatuh hari Sabtu, so dia bagi awal. satu hari tu sy senyum bahagia. terima kasih sayang.

rindu pada kekasih. sangat banyak. dulu masa kekasih baru pergi ke sana, cadangannya kami akan berjumpa setahun lagi, which is end of next year (2013). tapi sy rasa itu sangat menyeksakan, sangat lama dan sangat tidak masuk akal. jadi sy arrange dengan boss supaya release sy pertengahan tahun depan dan sy mahu ke sana berjumpa kekasih hati sy. semoga semuanya berjalan lancar.

sy rasa kekasih tengah tidur ni. senyap aje dia. takpe sayang. tidur lena ya. i tak sempat la nak good night wish u, so i wish kat sini je:

"sayang, good nite, sleep tite, wake up in the morning bright..."

i ada je ni ya... :)

Friday, 14 December 2012

it's friday!!!!

selamba lah, kerja bertimbun2 tapi dah rasa penat sangat nak buat. tadi kekasih cakap, esok dia nak pergi kedai jual benda2 untuk mengait. nak kaitkan sy mitten. dia suggest kaler red possum untuk sy dan dark blue untuk dia. tak sabar nak tengok hasil kerja kekasih hati sy tu. kekasih cakap kaler red possum tu kat sini kadangkala orang panggil merah pulasan. dan bermula la kisah pasal buah pulasan.

sy memang suka makan buah pulasan. sangat suka. tapi susah nak jumpa dan lagi susah nak jumpa yang sedap. tapi kat belakang rumah mak, ade pokok pulasan yang sangat besar dan sedap buahnya. dulu kecik2 selalu panjat pokok tu dan makan atas pokok. bila makin besar, pokok tu makin tinggi, abah pula akan kaitkan guna galah dan bekalkan sy sebakul besar buah tu setiap kali sy nak balik KL semula. sedapnya buah pulasan!!!

kecik2 dulu sy memang budak kampung. curi2 pergi mandi paya, pergi mancing ikan, redah selut, panjat pokok la, main tarik upih, banyak lagi la. kat belakang rumah mak dulu memang banyak pokok buah2an. upih tu pun dari pokok pinang belakang rumah je. seingat sy ade pokok kelapa, nangka, cempedak, kedondong, pinang, buah keras, durian, pulasan, rambutan, manggis, markisah, langsat, etc etc. selain pokok buah, ade juga pokok2 untuk bahan masak macam lengkuas, kunyit, cili, bawang, limau purut, limau kasturi, dan macam2 lagi lah..dulu kecik2 juga suka sangat main kat dalam kebun tu. sampai pernah la 2 kali kena serang penyengat dan berbengkak2 satu badan kena sengat, pernah juga kena ulat bulu sampai bengkak peha. setakat calar balar tu biasa sangat la.

bila balik kampung rumah atuk kat muar, arwah atuk dulu nelayan, so rumah tu walking distance aje la nak ke laut. dan kat situ ada muara yang tak berapa besar sangat. bila2 bulan penuh, sy, adik beradik, sepupu2 dan bapak sedara sumer pergi ke situ tangkap belangkas. selalu dapat memang banyak. bawak balik sama ada rebus macam tu aje, ataupun goreng berempah/bercili. sedap!!!

tapi ni dulu la. tak tau sekarang benda2 tu ada lagi ke tak.

tapi kekasih lain. dia budak skema. dari kecil dia cuma membaca, makan dan tengok tv. tak mencabar langsung. tapi macam mana sekalipun, both of us turned up well aje dah besar panjang ni.

ermmm...rindu nak jadi budak2 semula. tak payah fikir banyak2. tak payah fikir pasal tanggungjawab. dan yang paling penting, ketika itu, abah ada lagi. abah, akak nak makan pulasan......

Wednesday, 12 December 2012

kepala dah hang. kerja banyak tak siap lagi dan makin bertambah2. boss, sy cuma ada dua tangan yang kecil untuk siapkan semua ni. tapi rasanya satu team memang tengah bermotivasi rendah untuk bekerja. sebab selalunya bulan December tak sesibuk ini, tak banyak kerja, cuma ada kerja2 top-up atau cleaning up the files aje. semua sebab hal2 tahun depan, so semua nak buat bulan ni juga sebelum start tahun 2013. one of my colleague cakap, this is the worst december in his career. dramatik, tapi itulah hakikatnya.

semalam dengan mata separuh terbuka, pukul 11 lebih baru gerak dari ofis. sangat letih selepas hari sebelumnya pukul 2 lebih pagi baru sampai rumah. sampai parking, lupa kereta park kat mana walaupun bertahun2 park kat tempat sama. berpusing2 sampai rasa panik, baru jumpa. dengan mata separuh terbuka juga drive balik ke rumah. pagi tadi, memang rasa tak boleh bergerak langsung badan bila bangun tido. dah la malam tu pun mimpi kena marah dengan boss sebab kerja tak siap. sighhhh....

owh, dua tiga hari ni sy suka layan lagu ni:


tapi seperti biasala, sy suka juga cover dari brandi:



ok, nak sambung kerja.