And finally I found my other half...

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 5 October 2012

ni tak tau la post ke berapa yang sy tulis untuk beberapa hari ni. semua post2 yang lain duk elok je simpan dalam draft. kekasih pernah minta untuk baca draft2 tu semua, tapi sy rasa biar sy simpan saje la. terlalu personal. sy memang suka menulis. sebab sy tak suka bagitau orang apa sebenarnya yang sy rasa. menyebabkan orang selalu cakap sy ni takde hati perasaan. dalam banyak situasi yang biasanya orang akan menangis atau marah, sy prefer diam saje. simpan elok2 dalam hati dan kemudian menulis.

sebelum ni, sebelum sy ada blog ni, sy ada buku sort of macam diari juga. sentiasa sy bawa ke mana2. bila tiba2 sy rasa sedih atau tak best, cepat2 sy cari tempat dan menulis. yela..itu zaman like 10 years ago.

sy tak suka keadaan sy sekarang. uncertainties...terlalu banyak. sy macam nak buat banyak benda. bukan setakat nak buat, perlu buat. tapi ada banyak benda yang buat sy tak selesa sekarang ni. sy rasa tak settle down. sy rasa tak fokus. rasa tak berpijak pada dunia sy sendiri. sy tau sy sedang rasa macam2. sy sedang rasa gembira, sedih, marah, benci, bahagia.. semuanya la..

owh..nak cerita sedikit pasal sara. well, banyak juga la drama. tapi sy dah tak larat sangat nak melayan dia. bila cakap pasal duit, well, since kami tinggal bersama (bilik lain2 ok) tapi sy dah malas nak pandang muka dia even nak bercakap pun sy tak nak. pasal duit je dia nak mengamuk dengan sy. yela, perjanjiannya dia perlu bayar sedikit portion rumah tu. tapi asyik mengelak dan tak nak bayar. selalu sangat alasan yang sama yang dia tak de duit. dan...tup tup...ade mini cooper kat rumah. okay, dia tukar kereta. gf dia tasha, pandang muka sy macam hina sangat la sy ni. hello cik adik, kalau sy ni tak menampung hidup sara tu, sy dah boleh pakai kapal layar pergi kerja, ok (ye, ini cuma exaggerate). tapi sy malas nak bising. malas nak gaduh. sy dah penat nak melayan semua ni.

nak kata takut, memang ada rasa takut tu. beberapa kali juga la sy pernah terbayang kalau sara mengamuk dengan sy bila tinggal berdua saja dan dia buat something bad kat sy. sy terfikir nak mintak tolong siapa. berdasarkan pengalaman, sara pernah kejar sy dengan bawak pisau kat tangan. dia pernah juga cekik leher sy sampai sy hilang nafas. itu ketika sy bersama dia. just imagine sekarang ni status yang dah takde pape. cuma boleh berharap dan berdoa semoga sy dilindungi.

memang ada terfikir untuk sy pindah keluar dari rumah tu. selain dari sebab kat atas ni, sebenarnya jauh juga sy berulang alik ke KL. tapi, apa mak dan family dia cakap nanti. mesti mak dia sedih. dulu masa kami gaduh dan sy pindah keluar, mak dia selalu call sy tanya khabar dan bila sy jumpa mak dia selepas beberapa bulan tu, menangis2 mak dia peluk sy. dan ketika itu juga sy berjanji sy takkan buat mak nangis lagi.

maka, di sini la sy. tersekat dan tersangkut.

2 comments:

KooKoo said...

Omg takutnya. I guess same sex rship pun sama ja dangernya

Anonymous said...

Samalah, suka menulis jgak n dulu pn tulis kat buku jgak, hehe..rasa lega